Sunday, January 30, 2011

Keutamaan Masjid


Ralulullah S.A.W bersabda: "Siapa mendirikan masjid walaupun seperti sangkar burung, Allah mendirikan untuknya mahligai di Syurga."


Rasulullah S.A.W bersabda: "Siapa yang memperbaiki masjid, Allah akan memperbaikinya."



Rasulullah S.A.W bersabda: "Jika salah seorang kamu masuk masjid, hendaklah solat dua rakaat sebelum dia duduk."


Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak ada solat bagi jiran masjid melainkan di masjid."

Sunday, January 23, 2011

Solat


Rasulullah S.A.W bersabda: "Solat lima waktu diwajibkan Allah atas hamba-hamba-Nya. Siapa melakukannya dan tidak mensia-siakan sesuatu darinya kerana meremehkan haknya, maka untuknya di sisi Allah ada janji bahawa akan memasukkan dia ke syurga."


Rasulullah S.W.T bersabda: "Solat lima waktu ibarat sungai tawar dan segar di depan salah seorang kamu, ia berwuduk di situ setiap hari lima kali. Apakah engkau lihat kotorannya masih tertinggal?" Mereka menjawab: "Tidak ada kotoran sedikit pun."


Rasulullah S.A.W bersabda: "Solat lima waktu menghilangkan dosa diantaranya selama menjauhi dosa besar."  
Sebagaimana difirmankan Allah S.W.T: Kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan. Yakni menghilangkannya seperti tidak ada sama sekali.

Mahabbah Kepada Allah Dan Para Rasul-Nya

Mahabbah Kepada Allah Dan Rasul-nya


Fudhail R.A berkata: "Jika kau ditanya, apakah kau mengasihi Allah? Maka diamlah. Jika kau jawab tidak,maka kafirlah engkau. Jika kau jawab ya,maka itu bukan adab para muhibbin."









Sufyan R.A berkata: :Siapa suka orang yang suka Allah, bererti dia suka Allah. Siapa  memuliakan orang yang memuliakan Allah, sama dengan dia memuliakan Allah"













Sahal R.A berkata: "Tanda cinta Allah adalah cinta Al-Quran. Tanda cinta Allah dan Al-Quran adalah cinta Nabi S.A.W. Dan cinta Nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta Akhirat. Tanda cinta Akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil untuk sekadar bekal ke Akhirat."